Friday, January 21, 2011

Realiti Menjadi Kenyataan

Assalam... dan Salam Ukhwah buat peninjau blog saya.

Jangan merajuk wahai pujangga,
Mengenangkan kasih tak punya nama;
Bukan menunjuk serta berbangga,
Hanya berkongsi kjayaan bersama.

Penglaman buat diriku kali pertama sewaktu namaku tersiar di dada akhbar Berita Harian yang bertarikh 15 Januari yang lalu. Tersentap diriku membaca keratan akhbar yang ku kirimkan dari temanku, bahawa aku berasakan tidak percaya terhadap apa yang ku idamkan selama ini.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas pemberian nikmat yang tidak begitu banyak, walaupun sedikit namun ku tetap syukur atas apa yang kau kurniakan. Dari atas hingga ke bawah aku tatapi dengan penuh harapan agar namaku turut tersenarai dalam nama-nama pemenang.
Terukir senyuman di wajahku, setelah melihat nama pada nombor 27. Terkedu seketika meraskan sesuatu yang disangka ini mengena pada jangkaanku. "Muhammad Affan bin Ahamad 910326 - 08 - xxxx" Aduh, seronoknya. Aku telah memenangi RM 100 sempena pertandingan Kenali 1 Malaysia bagi siri ke-3 anjuran Berita Harian.
Sebelum ini, aku benar2x mengharapkan kemenangan RM 10000 atau RM 1000 menjadi milikku, namun bagiku nasibku ini Allah S.W.T telah tetapkan sedemikian. Nazar yang ingin aku tunaikan sekiranya aku mendapat RM 10000 atau RM 1000 telah terhenti. Namun tak mengapa, Allah S.W.T itu Maha Menguji hamba-hambaNya terhadap kurniaan nikmat yang dilimpahkan sedikit atau pun banyak serta cara kita menggunakannya.
Sehingga kini ku belum terima panggilan dari NSTP yang menjanjikan sekiranya pemenang memenangi hadiah, pihak syarikat akan memanggil para pemenang. Namun tak mengapa sejauh mana janji seorang hamba kepada hamba yang lain.
Terima kasih kepada adik saya yang juga menyibukkan diri dalam turut serta membantu si abang bertungkus-lumus menjayakan buku skrap Kenali 1 Malaysia. Kawan-kawan juga yang turut mendoakan kejayaanku (ada niat lain sebenarnya, maksudnya nak minta belanjalah.. hahahha).
Opss.. cukup sampai di sini sahaja. Harap2x lain kali saya boleh berkongsi cerita lain.. Jangan lupa jadi 'folower' saya..
Assalam.. Selamat Malam :)


Related Posts with Thumbnails